Sunday, August 22, 2010

52 Cerita Fabel (Koleksi Sebuah Cerita Setiap Minggu)

SM  RM 35.00
SS   RM  39.00

Dalam setiap cerita, tersirat pengajaran dan mutiara ilmu. Pengajaran bagi setiap cerita diringkaskan dan dipaparkan selepas cerita tersebut. Kanak-kanak akan dapat mengenalpasti watak-watak yang baik dan jahat, bijak dan bodoh, lemah dan kuat, dan pelbagai watak lain. Mereka akan dapat memanfaatkan pengajaran yang berguna, terutamanya dari segi berinteraksi dengan orang lain dalam kehidupan seharian.
Ilustrasi yang berwarna-warni dan ceria bertindak sebagai tanda visual mengenai adegan dan watak. Ia menambahkan keseronokan membaca serta membantu kanak-kanak memahami cerita-cerita tersebut. Buku ini adalah sesuai sebagai koleksi perpustakaan kanak-kanak!

SPESIFIKASI
• Saiz buku: 210mm (L) x 296mm (T) [8¼" (L) x 11¾" (T)]
• Bilangan muka surat: 112
• Berwarna
• Kulit berpad dengan tulang belakang